Pages

Monday 21 July 2014

MH 17, ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA INI...

Salam takziah buat semua keluarga yang terlibat di dalam tragedi terhempasnya kapal terbang MAS MH 17. Sangat sedih dan memilukan. Pesanan ikhlas daripada Bet, jangan di ambil peduli dengan pelbagai spekulasi yang telah ditimbulkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang tiada sifat simpati. Bet dan seluruh rakyat Malaysia sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang baik dan beriman.

Rest in peace :-( 
Jangan mudah melatah dengan apa yang telah berlaku terhadap penerbangan MAS. Jangan menuding jari kepada sesiapa. ALLAH sudah rencanakan sesuatu. Rakyat Malaysia, diharap semakin sedar... Dekatkan diri lagi dengan ALLAH. Redha dan terima qada dan qadar. Ada hikmah disebalik semua ini. Bet turut bersimpati dan turut merasa kehilangan ini. Tiada kata-kata yang mampu untuk mengungkapkan. Tabahkan hati. Jangan dipendam perasaan kecewa itu kelak kita sendiri yang merana. Ambil masa dan iktibar dan ingat lah kembali saat dan detik-detik indah sewaktu bersama dan ingat ALLAH. Mereka telah kembali ke alam barzakh. Kembali menemukan pencipta-Nya. Kita yang masih hidup ini, persiapkan diri. 

Perasaan pilu apabila ada mayat seorang bayi Bet lihat terdampar di daratan dalam keadaan sempurna sifatnya :-( Ya ALLAH, sekejap saja usianya... 

Satu keluarga juga maut yang berasal dari Sarawak :-( Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat.


Doa juga dipanjatkan untuk MH 370. Penantian yang tidak pernah berakhir. Semoga ALLAH buka kan jalan buat mereka untuk menampakkan diri jika masih hidup. Orang tidak bersalah menjadi pertaruhan??? 

MAS AIRLINES sudah sahkan untuk menukar kod penerbangan MH17 kepada MH19 bagi menghormati apa yang telah berlaku. Bet nak buat sedikit sharing tentang info pada 19 Julai 2014 oleh pihak MAS sendiri...

Netherlands : 193 (including 1 dual Netherlands/USA citizen)
Malaysia : 43 (including 15 crews and 2 infants)
Australia : 27
Indonesia : 12 (including 1 infant)
United Kingdom : 10 (including 1 dual UK/S. Africa citizen)
Germany : 4
Belgium : 4
Philippines : 3
Canada : 1
New Zealand : 1

TOTAL: 298





1 comments:

  1. Al fatihah buat yg beragama Islam.
    Buat agama lain semoga roh mrk aman selalu.

    ReplyDelete